Yukubi logo

100% lapisan dinding semula jadi

Hubungi Kami

Yukubi

do it yourself - girls measuring wall
Yukubi ialah lapisan dinding berasaskan 100% kapas asli yang tidak menyebabkan sebarang alahan. Campuran ini diperbuat daripada air bersih, oleh itu sarung tangan atau penutup muka tidak diperlukan untuk perlindungan. Lapisan kapas Yukubi ialah pengganti terbaik kertas dinding gulung, panel dan cat, dan lapisan ini menawarkan pelbagai kelebihan berbanding yang lain seperti mesra alam, pemasangan yang mudah memandangkan tiada proses sebelum dan selepas diperlukan untuk memasang lapisan ini pada permukaan dinding. Dengan Yukubi, kami tidak bimbang akan penjuru dan permukaan tidak rata, produk ini melitupi semua permukaan tersebut hatta permukaan dinding konkrit. Salah satu daripada kelebihan produk kami adalah tawaran pelbagai kemungkinan corak pilihan. Kini amat mudah bagi anda untuk mempunyai logo mahu pun watak kartun kesukaan anak-anak anda pada dinding anda apabila mereka menjadi sebahagian daripada proses tersebut dalam aktiviti keluarga yang menyeronokkan pada hujung minggu.  Bukan itu sahaja, produk mesra pelanggan ini dapat dipasang sendiri secara DIY. Anda boleh menghabiskan hujung minggu bersama keluarga anda dan alami hujung minggu yang menyeronokkan ketika memasang Yukubi pada dinding anda.

Our Partners

our partner brand
esmercio logo
Global Linkwork
Azar Qapu
Termohub
Solmaz Primavera

Certificates of Quality

Yukubi cotton wall coating has been subjected to rigorous tests by Scientific and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) for Composition, Fire Resistance, & Humidity Resistance: SIRIM logo
Composition:
Report No. 2017CE0484 MS ISO 1833-11:2011 - 100% Cotton
Flame Resistance:
Report No. 2017FE0183 Class 1 - Least Flame Spread Test Condition: 1.5min duration, 165mm limit
Humidity Resistance:
Report No. 2017E0415-S1 Rating No. 10 - No Blistering Rating No. 5 - No Color Change No other defects such Flaking, Cracking, Peeling
Thermal Conductivity:
By Gearing Scientific Ltd. (UK) Lambda (W/m.°K) at +10C = 0.0588
Acoustic Absorption:
By Malaysia Japan International Institute of Technology Absorption Coefficient of up to 0.64
3-Year Warranty

Jaminan 3 Tahun

eco-friendly

Mesra Alam

cost-effective

Kos Efektif

Time efficient

Jimat Masa

Safe

Selamat

Arahan Penggunaan

Bagaimana untuk membancuh bahan Yukubi?

Untuk membancuh bahan Yukubi, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah.
  1. Ambil sejumlah serbuk Yukubi dan masukkan ke dalam bekas besar.
  2. Campurkan setiap kilogram Yukubi dengan 3 liter air paip.
  3. Sebatikan serbuk kering dan air tersebut selama 20 minit dan uli sehingga menjadi seperti doh.
  4. Biarkan campuran tersebut selama lebih kurang 20 minit untuk set sebelum dipasang.
  5. Selepas 20 minit, uli campuran tersebut sekali lagi selama 1 minit.
  6. Gunakan kulir untuk memasang campuran produk ke atas permukaan yang ingin dilapisi.
  7. Kelembapan, suhu dan pengudaraan bilik menentukan jangka masa kering Yukubi iaitu sekitar 8 hingga 48 jam.

Bagaimana untuk menanggalkan produk Yukubi?

Jika anda berhasrat untuk menukar atau memperbaharui warna dinding anda, anda boleh menanggalkan Yukubi daripada dinding anda dengan mudah.
  1. Semburkan air ke atas Yukubi secara konsisten selama 15 minit.
  2. Biarkan kawasan tersebut selama 10 minit.
  3. Semburkan air sekali lagi selama 10 minit.
  4. Pilih mana-mana kawasan rata dan tarik bahan tersebut sehingga lekang daripada dinding.

Bagaimana untuk membaiki dinding Yukubi yang telah siap?

Salah satu ciri ajaib Yukubi adalah bahan ini mempunyai rintangan yang tinggi terhadap sebarang kerosakan fizikal. Tetapi jika berlaku kerosakan, berbeza dengan lapisan lain, anda boleh membaiki lapisan ini dengan mudah dengan hanya menggunakan semburan air.
  1. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah semburkan air pada sekitar kawasan yang rosak secara konsisten selama 10 minit.
  2. Biarkan kawasan yang rosak itu selama 10 minit.
  3. Kemudian semburkan air sekali lagi pada kawasan tersebut secara konsisten selama 5 minit.
  4. Setelah kawasan tersebut lembut, anda boleh pilih mana-mana kawasan rata dan tanggalkan Yukubi dari luar ke dalam. Bergantung kepada tahap kerosakan kawasan, anda mungkin tidak perlu menambah bahan baharu langsung.

Hubungi Kami

Hubungi kami untuk pertanyaan jualan atau untuk meminta maklumat lanjut sila hubungi info@yukubi.com atau gunakan borang di bawah.

    Corporate Headquarters

    Yukubi Global Sdn. Bhd.

        Unit 7-03, Level 7, Menara Amcorp, Jalan Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
       Latitude: 3.104628 | Longitude: 101.647379
       +603 7491 1808
       +603 7491 1809
        +60 (16) 912 4336
       info@yukubi.com

    Western Europe

       Rúa Manuel Quiroga, 36002 Pontevedra, Spain
        +34 609 971 673
       info@yukubi.com

    Eastern Europe

       Unit No. 719, 7th Floor, No. 77, Sichovykh Striltsiv St. 04053 Kiev, Ukraine
        +380 44 36 452 35
       info@yukubi.com

    Yukubi is a subsidiary of Global Linkwork Global Linkwork (KL) Sdn. Bhd.

    Top